20 September 2025
%20UPK%20A.jpeg)
%20UPK%20B.jpeg)
Unit Pembangunan Koperasi (UPK), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, telah menganjurkan Sesi Taklimat Kali Keempat: Potensi Peluang-Peluang Perniagaan di Sektor Pertanian dan Perikanan pada Hari Sabtu, 27 Rabiulawal 1447H bersamaan 20 September 2025 bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kewangan dan Ekonomi.
Seramai 70 orang peserta telah menghadiri sesi tersebut yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan, serta ahli-ahli koperasi aktif. Penganjuran ini merupakan salah satu- inisiatif UPK dalam usaha menggalakkan koperasi-koperasi untuk menerokai bidang perniagaan baharu, khususnya dalam sektor penternakan dan perikanan.
Program dimulakan dengan taklimat oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar, diikuti dengan sesi perkongsian "success story" daripada syarikat tempatan, Mohamed Norfaidzal bin Haji Zainuddin & Anak- Anak, yang menekankan pengalaman praktikal dalam mengembangkan perniagaan di bidang pentemakan. Seterusnya, Jabatan Perikanan menyalspaikan taklimat berkaitan hala tuju, dasar serta garis panduan sektor berkenaan. Sesi ini turut diperkaya dengan perkongsian pengalaman oleh pengusaha tempatan, Syarikat Rizqussalam, yang mengongsikan mengenai pengalaman praktikal dalam mengembangkan perniagaan di bidang pemprosesan makanan laut di sektor perikanan.
Acara ini diakhiri dengan lawatan ke Projek Ladang Temakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampung Mulaut, yang memberi peluang kepada para peserta untuk menyaksikan secara langsung amalan terbaik dalam pengurusan operasi perniagaan. Lawatan ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan peserta, malah diharap dapat mencetuskan inspirasi dan idea baharu bagi koperasi-koperasi untuk memperluaskan penglibatan mereka dalam-sektor penternakan dan perikanan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Koperasi
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Emel: info.koperasi@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/UPK/PNT/09-KURSUS
Tarikh: 27 Rabiulawal 1447 / 20 September 2025