30 April 2025
%20Koperasi%20D.jpeg)
Sesi Bual Bicara Kali Ke-empat bertajuk “Kepentingan Pembahagian Zakat Harta Perniagaan di
dalam Konteks Koperasi” yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Koperasi (UPK) telah
berlangsung pada Hari Sabtu, 26 April 2025 di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block,
Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE).
Seramai 70 orang peserta hadir ke sesi bual bicara tersebut yang mana terdiri daripada Ahli
Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan koperasi dan ahli-ahli koperasi. Sesi bual bicara
tersebut merupakan salah satu inisiatif UPK dalam usaha bagi menggalakkan koperasi-koperasi
untuk mengongsikan pengetahuan asas yang boleh dikaitkan dengan koperasi yang berunsurkan
keagamaan, keusahawanan, kewangan dan perniagaan koperasi. Antaralain, adalah diharapkan
program ini akan dapat memberikan pencerahan dan pendekatan agar ianya dapat dipraktikkan
dan diaplikasikan oleh koperasi-koperasi dalam pengurusan perniagaan.
Acara tersebut dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh tetamu undangan dari
Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya
dilanjutkan dengan sesi bual bicara di antara peserta-peserta koperasi yang hadir dalam
memberikan pendekatan terhadap hala tuju, dasar-dasar dan garispanduan yang berkaitan
dengan pengurusan-pengurusan waris atau penama dan pengertian zakat harta perniagaan
secara langsung.
Program sesi bual bicara diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih kepada penceramah
undangan dari Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal serta peserta-peserta yang hadir.
Seterusnya, diharapkan peserta-peserta akan dapat memanfaatkan dan menambahbaik cara
pengurusan operasi perniagaan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Koperasi
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Emel: info.koperasi@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/UPK/PNT/09-KURSUS
Tarikh: 02 Zulkaedah 1446 / 30 April 2025