19 Mac 2025
Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan
Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1446H bersamaan 2025M bertempat di
Masjid Kampong Kilanas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin
Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid,
Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka
Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan
Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan
Brunei Darussalam Central Bank, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan
Bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis Bertadarus telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu
Kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan tadarus Al-Quran daripada pegawai dan
kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan diakhiri dengan solat fardhu asar berjemaah
dan penyerahan sumbangan infak kepada imam masjid.
Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan
Ekonomi pada setiap tahun di bulan Ramadhan yang mulia untuk mengeratkan silaturrahim di
antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi meraih pahala lebih-lebih lagi untuk mendapatkan keredhaan serta
keberkatan daripada Allah S.W.T. Majlis Bertadarus pada tahun ini telah diselenggarakan oleh
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Tarikh: 18 Ramadhan 1446H
19 Mac 2025M
Rujukan: KKW/ADM/15 Pt.2
%20Tadarus%20A.jpeg)
%20Tadarus%20B.jpeg)
%20Tadarus%20D.jpeg)