Sign In
Web Creator

Malay | English

​​​​Mengenai Bahagian Pelaburan



A.  Latar Belakang

Bahagian Pelaburan ditubuhkan pada 2006 untuk mengurus dan mentadbir pelaburan dan apa jua yang berkaitan dibawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Peranan utama Bahagian ini adalah bagi mengurus Dana Sustainabiliti, iaitu Dana Amanah Kerajaan yang terdiri daripada 3 Sub-Dana Amanah (Dana Rizab Penstabilan Fiskal, Dana Persaraan dan Dana Modal Pembangunan Strategik).


Bahagian Pelaburan juga bertanggungjawab untuk menjalankan objektif Dana Sustainabiliti dan Sub Dana-Dana Amanah mengikut peraturan dari Akta Dana Sustainabiliti (Bab 208, Undang-Undang Brunei), iaitu memastikan kemapanan
(stability) kewangan Kerajaan dalam jangka masa panjang melalui kepelbagaian pelaburan serta membuat pelaburan strategik untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk keterangan
lanjut, sila rujuk ringkasan mengenai Akta Dana Sustainabiliti.


B.  Visi

​Mencapai pelaburan yang mampan bagi kestabilan dalam jangka masa panjang.


C.  Misi

  • Menghasilkan pelaburan yang berkesan dan strategik;
  • ​Mentadbir pelaburan dengan efektif bagi memenuhi keperluan;
  • Mewujudkan Modal pembiayaan yang teguh; dan
  • Memperuntukkan modal risiko strategik kepada kepelbagaian ekonomi.

D.  Nilai Teras

  •   Amanah
  •   Tidak berputus asa
  •   Berwawasan
  •   Cemerlang
  •   Berkebolehan
  •   Bekerja berpasukan